Memang
benar derajat seorang ibu 3 kali lipat diatas seorang ayah, hal itu
dapat terlihat dengan betapa besar pengorbanan yang tak terbalas dari
seorang ibu, dari dalam kandungan hingga membesarkan kita,
Ini adalah kisah nyata pengorbanan seorang ibu saat Gempa Bumi di
Jepang. Setelah gempa bumi reda, ketika penyelamat tiba di runtuhan
rumah seorang wanita muda, mereka melihat mayat beliau melalui celah
runtuhan dan timbunan tanah. Tetapi entah bagaimana posisi dia kelihatan
agak aneh seperti melutut pada seseorang dan menyembah ke depan, dan
dua tangannya mengendong sesuatu benda. Rumah runtuh itu telah
menghantam punggung dan kepalanya.
Dengan usaha yang sulit, kepala pasukan penyelamat memasukan tangannya
melalui celahan kecil di dinding untuk mencapai badan wanita tersebut.
Dia berharap bahwa wanita ini mungkin masih hidup. Walau bagaimanapun,
badannya yang dingin dan kaku membuktikan bahwa wanita itu telah
meninggal dunia.
Dia dan seluruh pasukan meninggalkan rumah itu dan mencari korban pada
bangunan runtuh yang lainnya. Tanpa alasan yang kuat, kepala pasukan ini
didorong oleh satu kuasa yang kuat menariknya untuk kembali ke rumah
wanita yang runtuh tersebut. Sekali lagi, dia melutut dan melalui
celahan runtuhan yang sempit untuk melihat keadaan mayat itu. Tiba-tiba,
dia menjerit kegirangan, "Seorang anak! Ada anak! "
Seluruh pasukan bekerja bersama-sama dengan berhati-hati mereka
memindahkan objek runtuhan yang menghempas wanita itu hingga mati.
Terdapat seorang anak lelaki berusia 3 bulan yang dibalut dengan selimut
berbunga di bawah mayat ibunya. Jelas sekali, wanita itu telah
berkorban hingga ke akhir hayatnya untuk menyelamatkan anaknya. Ketika
rumahnya runtuh, dia menggunakan tubuhnya untuk melindungi anaknya. Anak
lelaki itu masih tidur dengan nyenyak sewaktu kepala pasukan penyelamat
itu menemuinya.
Dokter bergegas datang untuk memeriksa anak kecil tersebut. Selepas
beliau membuka selimut, terdapat telefon genggam di dalam selimut
tersebut. Tertera teks pesan pada layar telefon genggam itu, "Jika kamu
hidup, kamu harus ingat bahawa ibu sayang kamu." pesan ini telah
diteruskan dari satu tangan ke tangan yang lain. Setiap individu yang
membaca pesan pasti menangis. "Jika kamu hidup, kamu harus ingat bahwa ibu sayang kamu." Begitulah kasih sayang seorang ibu pada anaknya.
sumber : http://menujuhijau.blogspot.com